Jumaat, 24 Januari 2014

Pasaran Asia

Jepun - Kuasa ekonomi yang ketiga terbesar di dunia
Jepun, sebuah negara pulau yang mempunyai 128 juta orang, meningkat dari abu perang dunia untuk menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia (dengan KDNK sebanyak $ 4.3 trillion pada tahun 2006) dan merupakan ahli penting dalam Quad.  Pertumbuhan pesat Jepun ini dalam tempoh 50 tahun yang lalu adalah disebabkan sebahagiannya kepada kerjasama antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan sektor industrinya.  (Pada tahun 2001, MITI telah ditukar nama kepada Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri).  MITI telah menggunakan kuasa formal dan tidak formal untuk membimbing strategi pengeluaran dan pelaburan elit korporat negara. Sebagai contoh, selepas perang dunia kedua, MITI menggalakkan firma-firma Jepun untuk menumpukan usaha mereka kepada industri-industri asas seperti keluli dan pembinaan kapal.  Negara-negara lain yang ingin memasuki industri ini, MITI dan MNC Jepun akan mengalihkan tumpuan mereka kepada pengeluaran kereta, elektronik pengguna, dan jentera.

MITI telah dibantu oleh struktur industri yang tertumpu di Jepun.  Insdustri Jepun dikawal oleh rangkaian besar syarikat yang saling berkaitan, ia dipanggil Keiretsu, yang biasanya tertumpu kepada bank yang utama di Jepun.  Bank mengambil tanggugjawab utama untuk memenuhi keperluan pembiayaan Keiretsu tersebut.  Ahli-ahlinya sering bertindak sebagai pembekal antara satu sama lain, oleh demikian pihak luar lebih sukar untuk menembusi pasaran Jepun. 

Toyota motor, sebagai contoh, memiliki 19 peratus daripada saham biasa pembuatan Koito, dan ahli-ahli Keiretsu Toyota juga memiliki 40 peratus daripada saham Koito tersebut.  Koito merupakan pembekal utama bagi keperluan lampu Toyota automotif.  Ahli Keiretsu sering bergantung kepada Shosha Sogo, iaitu sebuah syarikat perdagangan eksport, yang memasarkan eksport di seluruh dunia.  Biasanya Shosha Sogo juga merupakan ahli Keiretsu.

Pertumbuhan ekonomi Jepun perlahan pada tahun 1990-an , walaubagaimanapun sejak tahun 2000, KDNK telah berkembang pada kadar tahunan sebanyak 1.6 peratus , jauh di bawah 3.0 peratus pertumbuhan purata dalam ekonomi dunia.  Kebanyakan pakar bimbang bahawa sistem politik dan ekonomi Jepun tidak akan stabil kerana perubahan ekonomi dunia yang sangat cepat dan dicipta oleh ekonomi e-dagang dan pasaran baru.  Selain itu, Jepun merupakan negara yang menerima banyak kritikan dari antarabangsa kerana ia menggunakan amalan perdagangan yang tidak adil bagi memasarkan eksportnya dengan menggunakan banyak halangan bukan tarif untuk menyekat import ke pasaran tempatan.

The 4 Tigers of Asia - Korea Selatan, Taiwan, Singapura & Hong Kong

China - kuasa ekonomi yang kedua terbesar di dunia

India - sedang meningkat dari segi kuasa ekonomi

Peta Asia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan